Selasa, 20 Julai 2010

Usaha Meningkatkan Tahap Profesionalime Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam

Pendahuluan .

Profesion perguruan adalah antara beberapa pekerjaan yang sangat penting dalam proses pembangunan sumber manusia. Dalam era globalisasi sekarang, peranan guru menjadi semakin kompleks dan semakin mencabar. Golongan guru hendaklah memastikan proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa ke tahap yang lebih tinggi selaras dengan aspirasi Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 – 2010.( PIPP)

Mengikut Kamus Dewan "Profesionalisme" bermaksud kemampuan, kemahiran dan keupayaan dalam melaksanakan sesuatu sebagaimana yang sewajar dilakukan oleh seseorang profesional.

Berikut adalah beberapa usaha saya yang perlu dilakukan bagi meningkatkan tahap profesionalisme dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Pendidikan Islam iaitu :-

Pertama : Mempelbagaikan strategi, teknik dan kaedah pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Semasa Pengajaran dan pembelajaran guru perlu mempelbagaikan strategi , teknik dan kaedah supaya pelajar dapat memahami dan menguasai tajuk yang diajar. Guru perlu bijak membuat pemilihan stretegi dan kaedah yang sesuai dengan tajuk dan kumpulan pelajar sebelum memulakan sessi pengajaran di kelas. Strategi yang sesuai dengan mata pelajaran Pendidikan Islam ialah :-

1. Pembelajaran konstruktif

2. Pembelajaran secara kontekstual.

3. Pembelajaran masteri.

4. Belajar cara belajar.

5. Pembelajaran secara inkuiri, kalaboratif dan lain-lain lagi strategi yang sesuai.


Strategi ini hendaklah sesuai dengan tajuk yang hendak diajar sebagai contohnya :-

Pembelajaran Konstruktif : Pelajaran Akidah

Tajuk : Proses kejadian.

PnP : Koperatif ( Langkah 2 )

Kumpulan 1 : Bincang proses pembuatan perabut dan tumbesaran pokok

Kumpulan 2 : Bincang proses pembuatan perabut dan proses kejadian manusia

Hasil Pembelajaran : Murid menerangkan ( Konstruktif )

i. Sumber ciptaan Allah dan manusia

ii. Kesempurnaan ciptaan Allah

iii. Ciptaan manusia tidak setanding ciptaan

Allah

Kedua: Menggunakan ICT dengan berkesan.

Sebagai guru Pendidikan Islam kita perlu mengguasai dan menggunakan kemudahan ICT yang ada di sekolah dengan berkesan. Saya perlu membawa pelajar kebilik makmal komputer untuk mengekses maklumat dengan menggunakan internet. Proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih menarik kerana pelajar dapat membina sendiri maklumat dan ilmu pengetahuan melalui internet. Guru hanya bertindak sebagai fasalitator dengan memantau pelajar dan menerangkan beberapa maklumat yang tidak di fahami oleh pelajar sahaja.

Ketiga: Penggunaan bahan bantu mengajar yang efektif

Saya perlu menggunakan bahan bantu mengajar dari pelbagai sumber seperti carta, laptop, CD bacaan al-Quran, lembaran kerja, modul latih tubi dan sebagainya setiap kali pengajaran di kelas. Bahan bantu mengajar ini membantu pelajar menguasai pelajaran dan mengelakkan pelajar dari mengantuk ketika di kelas.

Keempat: Mewujudkan iklim yang kondusif dalam kelas

Suasana kondusif di dalam kelas adalah antara faktor utama menarik minat pelajar terhadap pelajaran. Suasana yang kondusif bermaksud keadaan kelas yang selamat, bersih dan ceria. Sebelum memulakan kelas guru perlu memastikan kelas berada dalam keadaan selamat bersih dan ceria.

Disamping itu juga guru perlu mewujudkan komunikasai yang berkesan seperti penyebaran maklumat dengan cepat, jelas dan mudah difahami oleh pelajar.

Kelima: Mewujudkan budaya ilmu dan berfikir

Ilmu adalah asas kecemerlangan bagi seorang guru. Justeru itu guru Pendidikan Islam perlu meningkatkan ilmu dari semasa sesuai dengan kehendak pelajar dan peredaran zaman dengan menguasi ilmu teknlogi terkini selaras dengan kehendak PIPP.

Penoroka ilmu pendidikan tekini melalui pembacaan, seminar menghadiri kuliah, kursus "in hause traning" , Latihan Dalam Perkhidmatan dan lain-lain lagi.

Guru Pendidikan Islam juga perlu mewujudkan perkongsian ilmu, kemahiran dan pengalaman dalam aktiviti panitia melalui perbincangan , mesyuarat dan kerja kumpulan.


Kesimpulan.

Berdasarkan lima aspek yang disebutkan di atas tahap profesionalisme dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam dapat ditingkatkan dan seterusnya melahirkan pelajar yang cemerlang dari akademik , ko kurikulum dan sahsiah.

Sekian, terima kasih.